Jumaat, 6 Julai 2012

AUKU - Wajarkah Dimansuhkan Dasawarsa Ini ??

" Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran. “

Ini adalah antara kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai isu AUKU.
Kehidupan mahasiswa pada tanggaal termaktubnya AUKU tidaklah seperti dasawarsa ini. Bilangan lulusan kaum Melayu dalam bidang profesional amat kecil dam menyedihkan. Kepetahan peguam mengatur tutur, kepakaran doktor melebur sengsara dan kemahiran arkitek mencipta reka, dimonopoli oleh bangsa lain. Maka tidak sihatlah bagi kaum Malaysia yang diacu adunan berdasalkan masyarakat majmuk jika lulusan garaduan Bumiputera amat memalukan.

Tujuan pelaksanaan  Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini sememangnya diwujudkan untuk memastikan anak melayu mampu mencakar langit dengan ketinggian ilmu yang tiada tandingan. Dalam erti kata lain, setelah Dasar Ekonomi Baru diwujudkan, maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah. 



Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal. Jelaslah di sini, tujuan kewujudan AUKU itu sangat baik dari segi pendidikan mahasiswa dan mahasiswi.

Tindakan minat yang melampaui batas dalam kalangan mahasiswa tempatan pada tahun 1974 lebih bersikap radikal dan revolusioner. Perkara terbukti dalam tindakan pelajar sepanjang tahun 1974 terutama dalam isu Tasik Utara dan Baling. Maka garapan idea dari kepimpinan tahkala itu telah memperkenalkan pindaan pada AUKU 1975 bermatlamat untuk memastikan landasan pelajar terutamannya golongan bumiputera untuk fokus dalam pembrlajarannya dapat dilaksanakan.

 Kandungan AUKU pindaan 1975 :
  • Kandungan Seksyen 15 (5) AUKU menyatakan tiada pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar universiti yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut perlembagaan, boleh menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsir sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap -
          a) mana-mana parti politik sama adadi dalam atau diluar  Malaysia

Yang masih menjadi tanda tanya ialah adakah dengan pindaan atau pemansuhan AUKU ini masih lagi mampu melahirkan mahasiswa yang kritis dan terbuka dalam
memberikan pandangan?

Kewujudan AUKU telah berjaya melahirkan ramai mahasiswa yang kritis. Begitu pun, ada sesetengah pihak melihat kewujudan AUKU ini sebagai menyekat kebebasan mahasiswa meluahkan pandangan atau pendapat mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku di dalam dan di luar negara.

AUKU pada hakikatnya bertujuan untuk melahirkan golongan akademik yang terdiri daripada pensyarah mahupun mahasiswa agar dapat menguasai kemahiran intelektual secara total dan berdaya saing pada peringkat lokal mahupun antarabangsa. Pemansuhan atau pemindaan AUKU sering diperlihatkan lebih berbentuk memberi kebebasan mahasiswa untuk aktif dalam politik.

Pembabitan mahasiswa dalam politik secara aktif boleh mendatangkan kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Seperti yang termaktub di dalam AUKU, mahasiswa dilarang terbabit secara aktif dalam politik tanah air.
Mahasiswa dilarang menjadi ahli mana-mana parti politik, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Namun, mereka tidak dihalang untuk menjalankan tanggungjawab seperti mengundi bagi mereka yang telah layak mengundi. Peraturan ini diperkenalkan bertujuan agar golongan mahasiswa boleh membentuk jati diri yang berwibawa dengan identiti tersendiri tanpa terikat oleh peraturan politik kepartian di dalam kampus.

Namun, persoalan seterusnya yang perlu dijawab sebelum mahasiswa terbabit secara aktif dalam politik ialah adakah mahasiswa kritis ini mampu menilai keseluruhan maklumat sebelum menyertai mana-mana parti politik secara aktif? Pelbagai jenis maklumat perlu dipertimbangkan sama ada maklumat itu adalah daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Perdebatan atau diskusi secara profesional tanpa dipengaruhi oleh emosi dalam hal kebebasan bersuara dan berpolitik sangat baik dan boleh memberi impak yang positif kepada pembangunan pemikiran insan.

Bagaimanapun, pendedahan kepada maklumat yang tidak lengkap daripada mana-mana pihak atau kebebasan bersuara yang dipengaruhi oleh emosi akan menjurus kepada kelemahan dalam membuat keputusan yang tepat. Mahasiswa kritis tidak boleh dipengaruhi oleh emosi semata-mata tanpa memberi pertimbangan kepada fakta yang nyata dalam membuat sebarang keputusan.

Mungkin minda mahasiswa yang mahukan kebebasan kini merupakan idea yang sentiasa dituntut oleh mereka . Namun mungkin ada terlupa, dengan memberikan kebebasan kepada tindakan biadap Adam Adli bersama rakan-rakannya yang didalangi oleh PKR melakukan demostrasi dipekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember 2011dan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri. Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.
Ekoran dengan tindakan itu, nama baik mahasiswa telah tercemar dan mendapat pandangan negetif daripada pelbadai pihak dengan tindakan Adam Adli yang mencerminkan perwatakan sebagai mahasiswa.

Tidak cukup dengan itu, mungkin minda kita masih lagi tidak terhapus dengan tindakan Safuan Anang dalam satu perhimpunan yang dianjurkan Pro Mahasiswa bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berlangsung di perkarangan UPSI Tanjung Malim. Perhimpunan berhadapan dengan satu pergelutan apabila pihak polis bertindak mengarahkan kesemua yang terlibat bersurai sehinggalah Safuan Anang yang dilaporkan menyerang anggota polis yang cuba mententeramkan keadaan ketika demostrasi dalam usaha mendesak kerajaan untuk menghapuskan AUKU.

Kulasofnya, tindakannya mahasiswa yang bermatlamat untuk memcipta pembaharuan buat negara sebenarnya mampu terhakis dengan tindakan mahasiswa itu sendiri yang terlalu obses dengan politik tanah air. Peruntukan yang diberikan kepada anda sebagai seorang mahasiswa masa kini perlulah digunakan sebaik mungkin kerana soal kebajikan pendidikan yang anda miliki ini milik rakyat Malaysia.

 Persoalannya, apakah matlamat kita sebagai mahasiswa? Mungkin persoalan ini hanya anda sahaja yang mampu meleraikannya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan